Ade orang ikut ke?

Sunday, March 17, 2013

Cameron Highland Family Day

Assalamualaikum.... 9-10/3/2013 lepas geng PEWARIS cawangan kami buat family day di Cameron Highland. Lokasi penginapan kami di Berinchang. Ada di kalangan kami yg bw family & ada yg x bw. Ini our travel log.

RnR Sungai Buluh
Tempat pertemuan kami adalah di RnR Sungai Buluh buat semua peserta. Masa yg dijanjikan adalah pd pkl 11.00am 9/3/2013 aritu. Nk dijadikan cerita aku selaku pilot telah trlajak exit RnR. Hahahaha.... Jadi kami arahkan yg berada di RnR Sungai Buluh jumpa kami di Hentian Rawang. Hehe.. Sementara menunggu ketibaan lain, aku layan nasi lemak. Wife kenyang lg katenye. Pas dlm 15 minit mcm tu dieorg pun sampai. Join skali bekfast. Setelah brborak skjp kami trus bergerak ke RV kedua kami di RnR Tapah utk kumpul another yg mnggu disana.

RnR Tapah
Ini pit stop kedua kami utk konvoi skali dgn satu kereta lg yg dr Batang Kali. Alhamdulillah berjaya dikesan so kami trus lunch di sini. Kemudian meneruskan pergerakan.

Cameron Highland
Alhamdulillah kami selamat sampai di Cameron anggaran jam pkl 4.00pm . Lokasi penginapan kami adalah di Desa Atrium. Bilik die menarik. Mmg sesuai utk org yg dh berkeluarga. Ade 3 bilik. Ruangtamu yg sgt luas. Boleh tido di ruang tamu klu g lebih dari 10 org. Ade beranda & kitchen. Kelengkapan memasak & dapur semua ada di rumah tu.

Aktiviti
Setelah smpi ni kami kemas umah sikit pastu kami bincang program. Setelah bincang kami decide pecah 3 pergerakan.. Satu kumpulan ke Pasar malam berinchang utk beli makanan, satu kumpulan lg g Tanah Rata setelkan bayaran penginapan & baki stay di rumah. So tinggal aku & sahabat Ngah Warfie. Kami berdua tugas menghidupkan api BBQ. Memandangkan umah di tingakp 2 kami nk buat BBQ di beranda. Kami mulakan proses menghidupkan api.

Wafi hidupkan api gune kertas jadi asap tebal kat beranda naik keatas masuk umah tingkat atas. Penghuni kat atas kelam kabut & kiteorg yg kat bawah ni dgr lah sblm dieorg berlari ke luar ke beranda. "Ade terbakar ke?"... Hahahaha... 😁😁😁

A few hours lepastu sume dh balik... Menu kami mlm tu ialah tom yam, kambing bakar, daging bakar, ayam bakar & nasi putih.. Oh terlupe sayur campur..a l Alhamdulillah semua selesai lepas makan malam tu.. Semua kekenyangan. Kami pun pastu memulekan sembang kosong kami. Moderator kami masa tu Fatah. Isu die adalah berkenaan isu di Lahad Datu. Awang merupakan panel utama. Hehe.. Byk maklumat yg kami tau..

Dalam anggaran pkl 2.00am mcm tu semua dah ngantuk. Dieorg truskan perbincangan tp aku mengundur diri masuk bilik kerana isteri sedang menunggu. Hehe.. Selesai sudah utk mlm tu. Keesokkan harinya, kami bgn seawal 7.00am sbb nk breakfast. Alhamdulillah para isteri menyediakan makanan yg sedap2.. Kami yg lelaki berbincang pergerakan kami yg seterusnya kemana. Jadi kami decide lepas checkout, kami akan pergi ke Pasar Pagi Berinchang pastu pegi minum Teh di Timur. Hehe. Pkl 10.00 semua selesai & kami trus checb out.

Pasar Pagi Berinchang & Ladang Teh Timur
Disini ramai diantara kami beli Teh Cameron. Pastu ade yg tru madu fresh dr sarang lebah. Aku mmg xlah sbb x makan madu. Ade yg beli buah. Kami kat sini dlm sejam lebih je. Selesai kat situ kami trud le Ladang Teh Timur. Jarak dalam masa 15 minit mcm tu. Kami sampai kat ladang tu kami amek gambar lah. Hehe. Mcm2 cara & gimik kami buat. Pastu kami minum teh cameron yang telah ditaja oleh adik beradik kami which is Awang. Dan disitulah Awang bgtau kami tarikh perkahwinan die pada 30/11/2013. Fatah trus check tiket flight ke Sabah. Kami bincang yg akan g reramai utk support awang nye wedding. Hehe. Kami decide lunch kami di RnR Tapah.

Kami memulakan perjalanan turun dari Cameron menuji RnR Tapah. Sampai di RnR Tapah kami lunch & decide utk trus gerak. Next stop kami adalah di RnR Sumgai Buluh memandangkan Wafi & Faris menumpang aku & wife. Transfer ke kete fatah utk trus hantar dieorg ke Shah Alam.

Alhamdulillah anggaran lepas pkl 5.30 aku & wife selamat sampai di Selayang dalam keadaan hujan yg amat lebat. So aku decide utk bergerak balik ke Kuantan pf waktu subuh. Sekian sahaja my travel log to Cameron with Adik beradik PEWARIS!! Daaaaaaa







No comments:

Post a Comment